CONTOH KERTAS KERJA

KURSUS KEJURULATIHAN

PERMAINAN PING PONG PERINGKAT 1 KEBANGSAAN

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

NEGERI JOHOR TAHUN 2007

 

1.

Nama Kursus

Kursus Kejurulatihan Permainan Ping Pong Peringkat 1 Kebangsaan MSS Negeri Johor 2007

2.

Objektif

2.1

Menghasilkan pegawai jurulatih yang bertauliah untuk Permainan Ping Pong MSS Negeri Johor.

2.2

Menghasilkan pegawai jurulatih yang bertauliah untuk setiap daerah di negeri Johor.

2.3

Meningkatkan lagi prestasi Permainan Ping Pong Negeri Johor.

2.4

Meningkatkan bilangan jurulatih yang bertauliah daripada kalangan pendidik.

3.

Sasaran

3.1

Guru-guru Sekolah Rendah dan Menengah (4 orang setiap daerah).

3.2

Pengerusi Teknik Permainan Ping Pong Daerah diwajibkan menyertai.

4.

Sumber Tenaga

4.1

2 orang Jurulatih Utama Kursus Kejurulatihan Ping Pong Kebangsaan daripada Persatuan Ping Pong Malaysia.

4.2

 

5.

Tarikh Kursus

 

Bulan Jun 2007  (dijangka pada Jun) 4 hari ( 30 jam )

6.

Tempat Kursus

 

Goodhope Hotel, Skudai dan Latihan Amali di

Dewan SJK(C) Pu Sze, Skudai.

7

Sumber Kewangan

 

 

8.1

Bayaran peserta kursus – RM 50.00 X 50 orang (jangkaan)

RM 2500.00

8.2

Makan, Minum dan Penginapan

 

8.

Alatan

9.1

Laptop, LCD dan skrin.

9.2

Kerusi meja kursus.

9.3

7 buah meja ping pong disediakan oleh SJK(C) Pu Sze.

9.4

Peserta perlu menyediakan alat tulis sendiri.

9.5

Peserta diminta membawa raket ping pong dan bola ping pong sendiri.

9.

Sijil

Sijil Penyertaan akan dikeluarkan oleh MSS Johor.

10.

Kawalan

11.1

Pengerusi Teknik Ping Pong Negeri Johor.

11.2

Pegawai Unit Sukan Negeri Johor – pembukaan/penutupan rasmi

           

  

11.

Jadual

12.1

Senarai nama diterima daripada Pengerusi Teknik Ping Pong Daerah.

Awal Februari

12.2

Surat panggilan kursus diedarkan kepada semua guru / jurulatih yang dicadangkan oleh Pengerusi Teknik Daerah Negeri Johor.

Awal Mei

12.3

Kursus dijalankan

Bulan Jun

12.4

Sesi Latihan Amali akan dijalankan selama 3 bulan

Selepas Kursus

12.5

Selepas 3 bulan menjalankan latihan amali, hantarkan laporan untuk melayakkan diri lulus Sijil Kejurulatihan Peringkat 1 Kebangsaan.

Selepas Sesi Latihan di sekolah

 

Catatan:

 

Semua peserta akan menjalankan satu ujian praktikal dan satu ujian tulisan semasa kursus bagi tujuan maklum balas keberkesanan kursus tersebut.

Peserta yang berpotensi akan dilantik sebagai Jurulatih MSS Negeri Johor.

Peserta akan menjalani sesi amali di sekolah / daerah masing-masing. Laporan harus disediakan untuk melayakkan diri lulus Sijil Kejurulatihan Peringkat 1 Kebangsaan.

 Maklumbalas

Semua peserta diminta mengisi borang soal selidik semasa kursus dan dikembalikan selepas kursus untuk tujuan analisa / stastitik dan pembaikan kursus.

 

 

Kertas kerja disediakan oleh:

 SOO YUAN HUN

 Pengerusi Teknik Ping Pong Mss Johor