KRITERIA PEMILIHAN PASUKAN MSS JOHOR

 

1. Johan perseorangan MSS Johor tahun semasa dipilih secara automatik.

2. Johan bergu MSS Johor tahun semasa yang dipilih sekurang-kurangnya mesti masuk suku akhir pertandingan perseorangan juga.

3.    Wakil negara atau wakil negara remaja bawah 18 tahun yang tidak hadir ke kejohanan MSSJ kerana mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa pada masa yang sama juga akan dipilih.

4.    Pemain yang layak ke peringkat separuh akhir akan dipertimbangkan.

5. Pemain yang layak ke peringkat suku akhir juga diberikan pertimbangan.

6.      Sesi pemilihan akan dijalankan sekiranya perlu.

7.  Pemain yang tidak berdisiplin tidak akan dipertimbangkan sama sekali.

8.      Sebarang kriteria yang tidak dinyatakan di atas akan diputuskan oleh panel pemilih dan keputusannya adalah muktamad.