KRITERIA PENENTUAN RANKING PEMAIN
MSS JOHOR

 

1. Pemain yang mendapat Johan dan Naib Johan dalam kejohanan MSSJ tahun sebelumnya akan menduduki ranking yang pertama dan ke-2.

2.   Wakil negara yang tidak hadir ke kejohanan MSSJ tahun sebelumnya kerana mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa yang berjalan serentak dengan kejohanan akan dipertimbangkan untuk ranking ke-3 hingga ke-8 (keutamaan diberikan kepada penyertaan MSSJ).

3.  Pemain yang tidak hadir ke kejohanan MSSJ tahun sebelumnya kerana mengambil bahagian dalam SUKMA yang berjalan serentak dengan kejohanan MSSJ dan mendapat kedudukan Johan hingga Tempat Ke-4 akan dipertimbangkan ranking ke-3 hingga ke-8.

4.  Pemain yang layak ke peringkat separuh akhir, suku akhir dalam kejohanan MSSJ tahun sebelumnya akan dipertimbangkan ranking ke-3 hingga ke-8.

5.    Pemain ranking pertama setiap daerah akan dipertimbangkan untuk ranking seterusnya.

6.      Untuk Pertandingan Bergu pula, kriteria sama di atas.

7.      Pasukan Bergu yang berlainan pasangan yang mendapat Johan dan Naib Johan akan dipertimbangkan sekiranya kedudukan seeding masih ada lagi.

8.    Sebarang kriteria yang tidak dinyatakan di atas akan diputuskan oleh panel pemilih dan keputusannya adalah muktamad.