MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA NEGERI JOHOR

PING PONG

MSSM NEGERI JOHOR

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) dan Peraturan-Peraturan Am MSSJ yang sedang berkuatkuasa sekarang.

2. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

2.1 Perseorangan

2.2 Bergu

2.3 Perseorangan dan Bergu bagi pemain bukan kaum Cina

3. BAHAGIAN UMUR

3.1 Lelaki umur 18 tahun dan ke bawah

3.2 Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah

3.3 Lelaki umur 15 tahun dan ke bawah

3.4 Perempuan umur 15 tahun dan ke bawah

3.5 Lelaki umur 12 tahun dan ke bawah

3.6 Perempuan umur 12 tahun dan ke bawah

4. PENYERTAAN

4.1 Tiap-tiap MSSD dibenarkan mendaftarkan 4 orang pemain bagi acara perseorangan dan 2 pasang pemain bagi acara bergu. (Lelaki dan Perempuan bawah 12 dan 18 tahun).

4.2 Bagi acara bukan kaum Cina, setiap MSSD dibenarkan mendaftarkan 2 orang pemain perseorangan dan 1 pasang pemain bagi acara bergu. (Lelaki dan Perempuan bawah 12 dan 18 tahun).

4.3 Tiap-tiap MSSD dibenarkan mendaftarkan 4 orang pemain bagi acara perseorangan sahaja untuk lelaki dan perempuan bawah 15 tahun.

4.4 Bagi acara bukan kaum Cina, setiap MSSD dibenarkan mendaftarkan 2 orang pemain bagi acara perseorangan sahaja untuk lelaki dan perempuan bawah 15 tahun.

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.

5.2 Keutamaan pemain (Seeding) hendaklah diadakan.

5.3 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 18 tahun dan ke bawah, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan sehingga Peringkat Suku Akhir. Perlawanan dalam peringkat Separuh Akhir dan Akhir akan diputuskan dengan empat kemenangan daripada tujuh perlawanan.

5.4 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 15 dan 12 tahun dan ke bawah, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan.

5.5 Bagi acara BERGU, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan untuk semua peringkat umur.

6. KELEWATAN

6.1 Pemain-pemain hendaklah melaporkan diri kepada pengadil bertugas 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

6.2 Hanya lima minit sahaja akan diberikan kepada seseorang pemain yang lewat, selepas itu pihak lawannya akan dibenarkan kemenangan percuma dengan 11-0, 11-0, 11-0.

7. PAKAIAN

7.1 Sila rujuk undang-undang ITTF.

7.2 Pakaian (Kemeja-T dan Seluar) tidak boleh sama warna dengan bola ping pong.

8. BUTIR-BUTIR PENGENALAN

8.1 Tiap-tiap pemain daripada sekolah menengah, Kad Pengenalan akan dijadikan dokumen pengesahan had umur. Jika salinan digunakan itu hendaklah disahkan oleh Pengetua / Guru Besar Sekolah yang berkenaan.

8.2 Pemain yang gagal menunjukkan dokumen yang tersebut seperti 8.1 tidak dibenarkan bertanding.

8.3 Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja dibenarkan bertanding.

8.4 Bagi pemain sekolah rendah, Sijil Beranak akan dijadikan dokumen pengesanan had umur.

8.5 Setiap pemain diwajibkan mengisi Borang Pendaftaran Individu, sertakan satu salinan Kad Pengenalan / Sijil Beranak yang telah disahkan oleh  Pengetua / Guru Besar Sekolah yang berkenaan dan 2 keping gambar berukuran passport.

9. ALATAN PERTANDINGAN

9.1 Meja bagi L/P 18,15 dan 12: 2.74m x 1.525m x 0.76m

9.2 Hanya bola berwarna putih atau jingga boleh digunakan.

10. BANTAHAN

10.1 Sila lihat Peraturan Am (18) MSS Johor.

11. JURI RAYUAN

11.1 Sila lihat Peraturan Am (18) MSS Johor

 

BILANGAN PEGAWAI DAN PEMAIN UNTUK PASUKAN PING PONG DAERAH:

 

PEMAIN

PEGAWAI

KETUA ROMBONGAN:

 

1

PENGERUSI TEKNIK DAERAH:

 

1

PENGURUS PASUKAN SEKOLAH MENENGAH:

 

1

PENGURUS PASUKAN SEKOLAH RENDAH:

 

1

PENOLONG PENGURUS PASUKAN / CAPERON:

 

1

JURULATIH L 18 TAHUN

 

1

JURULATIH P 18 TAHUN

 

1

JURULATIH L/P BKC 18 TAHUN

 

1

JURULATIH L 15 & BKC L 15 TAHUN

 

1

JURULATIH P 15 & BKC P 15 TAHUN

 

1

JURULATIH L 12 TAHUN

 

1

JURULATIH P 12  TAHUN

 

1

JURULATIH L/P BKC 12 TAHUN

 

1

PEMAIN L18 & P18

8

 

PEMAIN L15 & P15

8

 

PEMAIN L12 & P12

8

 

PEMAIN L18 & P18 ( BKC )

4

 

PEMAIN L15 & P15 ( BKC )

4

 

PEMAIN L12 & P12 ( BKC )

4

 

JUMLAH

36

13

 PENGADIL: 3 orang / daerah

 

ACARA PERTANDINGAN

BIL

ACARA

PESERTA

1

PERSEORANGAN  L18

4

2

PERSEORANGAN  P18

4

3

PERSEORANGAN  L15

4

4

PERSEORANGAN  P15

4

5

PERSEORANGAN  L12

4

6

PERSEORANGAN  P12

4

7

PERSEORANGAN  L18 (BKC)

2

8

PERSEORANGAN  P18 (BKC)

2

9

PERSEORANGAN  L15 (BKC)

2

10

PERSEORANGAN  P15 (BKC)

2

11

PERSEORANGAN  L12 (BKC)

2

12

PERSEORANGAN  P12 (BKC)

2

 

JUMLAH

36

 

BIL

ACARA

PASUKAN

13

BERGU L18

2

14

BERGU P18

2

15

BERGU L12

2

16

BERGU P12

2

17

BERGU L18 (BKC)

1

18

BERGU P18 (BKC)

1

19

BERGU L12 (BKC)

1

20

BERGU P12 (BKC)

1

 

JUMLAH

12

 

UPDATE ON 1 MAY 2006