UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN PING PONG MSSM NEGERI JOHOR 2011

 

 

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

 

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) dan Peraturan-Peraturan Am MSSJ yang sedang berkuatkuasa sekarang.

 

2. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

 

2.1 Perseorangan

 

3. BAHAGIAN UMUR

 

3.1 Lelaki umur 18 tahun dan ke bawah

3.2 Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah

3.3 Lelaki umur 12 tahun dan ke bawah

3.4 Perempuan umur 12 tahun dan ke bawah

 

4. PENYERTAAN

 

4.1 Tiap-tiap MSSD dibenarkan mendaftarkan maksimum empat ( 4 ) orang pemain bagi setiap acara perseorangan.

 

 

5. SISTEM PERTANDINGAN

 

5.1 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.

5.2 Keutamaan pemain (Seeding) hendaklah diadakan.

5.3 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 18 dan 12 tahun dan ke bawah, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan sehingga Akhir.

 

6. KELEWATAN

 

6.1 Pemain-pemain hendaklah melaporkan diri kepada pengadil bertugas 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

6.2 Hanya lima minit sahaja akan diberikan kepada seseorang pemain yang lewat, selepas itu pihak lawannya akan dibenarkan kemenangan percuma dengan 11-0, 11-0, 11-0.

 

7. PAKAIAN

7.1 Sila rujuk undang-undang ITTF.

7.2 Pakaian (Kemeja-T dan Seluar) tidak boleh sama warna dengan bola ping pong.

 

8. BUTIR-BUTIR PENGENALAN

8.1 Tiap-tiap pemain daripada sekolah menengah, Kad Pengenalan akan dijadikan dokumen pengesahan had umur. Jika salinan digunakan itu hendaklah disahkan oleh Pengetua / Guru Besar Sekolah yang berkenaan.

8.2 Pemain yang gagal menunjukkan dokumen yang tersebut seperti 8.1 tidak dibenarkan bertanding.

8.3 Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja dibenarkan bertanding.

8.4 Bagi pemain sekolah rendah, Sijil Beranak akan dijadikan dokumen pengesanan had umur.

8.5 Setiap pemain diwajibkan mengisi Borang Pendaftaran Individu M01 atau R01, sertakan satu salinan Kad Pengenalan / Sijil Beranak yang telah disahkan oleh  Pengetua / Guru Besar Sekolah yang berkenaan dan 2 keping gambar berukuran passport.

 

9. ALATAN PERTANDINGAN

9.1 Meja bagi L/P 18,15 dan 12: 2.74m x 1.525m x 0.76m

9.2 Hanya bola berwarna putih atau jingga boleh digunakan.

 

10. BANTAHAN

10.1 Sila lihat Peraturan Am (18) MSS Johor.

 

11. JURI RAYUAN

11.1 Sila lihat Peraturan Am (18) MSS Johor

 

 

ACARA PERTANDINGAN PING PONG

MSSM NEGERI JOHOR

 

BIL

ACARA

PESERTA

1

PERSEORANGAN  L18

4

2

PERSEORANGAN  P18

4

3

PERSEORANGAN  L12

4

4

PERSEORANGAN  P12

4

 

JUMLAH

16

 

 

 

 

 

 

DOWNLOAD Peraturan MSS Johor 2011

DOWNLOAD Contoh Borang Penyertaan Ping Pong  MSS Johor 2011

 

 

 

 

Disediakan oleh:

En Soo Yuan Hun

Pengerusi Teknik Ping Pong MSSJ

http://mssjpingpong.tripod.com