MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH JOHOR

 

PERANCANGAN PEMBANGUNAN

PERMAINAN PING PONG

2006 – 2010

 

 

  1. Nama Program

Rancangan Pembangunan Permainan Ping Pong MSSJ 2006 – 2010

 

  1. Matlamat

2.1         Menjelang tahun 2010, permainan Ping Pong akan menjadi salah satu permainan utama seperti permainan bola sepak di kalangan para pelajar di dalam negeri Johor.

2.2         Menjadi sebuah pasukan yang cemerlang dan disegani di kalangan negeri-negeri yang menyertai pertandingan di peringkat MSSM.

2.3         Melahirkan pemain-pemain yang berkualiti, berdisiplin, bertanggungjawab dan bersemangat juang yang tinggi ke arah mencapai wawasan MSSJ dengan motto SUKAN UNTUK MENANG.

2.4         Melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan Ping Pong untuk diketengahkan ke peringkat tertinggi.

2.5         Menjadi sebuah pasukan yang mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan sistematik dari segi kejurulatihan dan kepegawaian.

2.6         Mencapai kecemerlangan yang unggul bukan sahaja dari segi permainan malah dari segi pencapaian akademik.

2.7         Mengekalkan kegemilangan sukan Ping Pong di masa ke semasa.

 

  1. Aktiviti/ Program

3.1         Mencungkil bakat pemain-pemain muda bermula dari peringkat umur 9 hingga 18 tahun melalui pertandingan-pertandingan di peringkat Zon dan MSSD.

3.2         Menganjurkan Kem Bakat dan latihan pusat mengikut fasa-fasa tertentu bagi pemain-pemain yang sudah dikenalpasti berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

3.3         Bekerjasama dengan Persatuan Ping Pong Negeri Johor untuk menganjurkan program-program pengesanan bakat.

 

  1. Objektif

4.1         Mempopularkan permainan Ping Pong di sekolah-sekolah rendah dan menengah untuk dijadikan satu landasan untuk sesebuah sekolah itu melangkah dengan lebih jauh lagi dalam permainan ini.

4.2         Mencungkil bakat dan menggilap bakat-bakat baru yang akan bertindak sebagai pasukan pelapis bagi pasukan yang sedia ada.

4.3         Memberi pendedahan yang secukupnya kepada pemain-pemain dengan menyertai seberapa banyak pertandingan di peringkat tertinggi.

4.4         Memberi latihan yang intensif dan sistematik berhubung strategi permainan.

4.5         Memberi perangsang dan motivasi kendiri kepada pemain-pemain yang baru mula mencipta nama dan juga mereka yang telah mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan.

4.6         Menyediakan jurulatih, pengadil dan pegawai di kalangan guru-guru dan bekas pelajar (pemain) secukupnya supaya kelancaran sesuatu kejohanan itu tidak terganggu disebabkan masalah ketiadaan pegawai yang bertugas

 

  1. Jangka masa

Program ini dirancang untuk jangkamasa 5 tahun (2006 – 2010).

 

  1. Sasaran

Semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri Johor (Bergantung kepada ketetapan yang disasarkan oleh pihak MSSD setiap daerah tersebut).

 

  1. Kos

 

Bil

Perkara

Rancangan 5 tahun

Jumlah

1

Kursus Kejurulatihan Asas Ping Pong (Sekolah Rendah) – 3 hari

12 MSSD x 4 peserta x RM 10 x 5 tahun

RM2400.00

2

Kursus Kejurulatihan Asas Ping Pong (Sekolah Menengah) – 3 hari

12 MSSD x 4 peserta x RM 10 x 5 tahun

RM2400.00

3

Kursus Kepengadilan dan kepegawaian (Sekolah Rendah) – 3 hari

12 MSSD x 4 peserta x RM 10 x 5 tahun

RM2400.00

4

Kursus Kepengadilan dan kepegawaian (Sekolah Menengah) – 3 hari

12 MSSD x 4 peserta x RM 10 x 5 tahun

RM2400.00

Jumlah

RM9600.00

 

 

  1. Sumber kewangan

8.1         Kursus Kejurulatihan/ Kepengadilan dan kepegawaian dibiayai secara kerjasama oleh pihak sekolah/ zon dan MSSD berkenaan.

8.2         Pembelian alatan dibiayai oleh pihak sekolah-sekolah yang akan menubuhkan pasukan ping pong setelah guru-guru di sekolah tersebut mengikuti kursus yang dianjurkan.

8.3         Sekolah-sekolah yang akan menubuhkan pasukan ping pong boleh meminta sumbangan berbentuk alatan daripada MSSJ atau Persatuan Ping Pong Negeri Johor melalui permohonan rasmi.

 

  1. Tenaga kerja

9.1         Pihak Pengerusi Teknik Ping Pong MSSJ akan menubuhkan panel fasilitator/ penceramah untuk kursus-kursus yang bakal dianjurkan.

9.2         Kerjasama dengan pihak MSSJ atau Persatuan Ping Pong Negeri Johor.

 

  1. Strategi perlaksanaan

10.1      Setiap daerah digalakkan mengadakan program pembangunan Ping Pong MSSD bagi peringkat umur 11 hingga 15 tahun. Pertandingan di peringkat MSSD perlu dirancang dan diadakan. Setiap daerah perlu mempunyai satu program jangka pendek (periodisasi) dan jangka panjang masing-masing.

10.2      Sekurang-kurangnya 10 buah sekolah rendah di setiap daerah akan menyertai program/ pertandingan ping pong elit di peringkat MSSD masing-masing.

10.3      Sekurang-kurangnya 10 buah sekolah menengah di setiap daerah menyertai program/ pertandingan ping pong di peringkat MSSD masing-masing.

10.4      Setiap daerah diwajibkan mengambil bahagian dalam pertandingan ping pong elit dan ping pong 15 tahun di peringkat MSSJ.

10.5      Setiap MSSD mestilah mempunyai satu Jawatankuasa Panel Pemilihan untuk memilih dan membentuk pasukan ping pong yang akan mewakili daerah masing-masing ke pertandingan ping pong peringkat MSSJ.

 

  1. Latihan

11.1      Latihan di peringkat sekolah perlu dijalankan sepanjang tahun. Sementara itu, latihan bagi pasukan MSSD dijalankan secara berpusat yang mana ketetapannya akan dibuat oleh Jawatankuasa Panel Pemilihan yang telah dilantik oleh pihak MSSD masing-masing.

11.2      Setiap sekolah atau daerah mestilah mempunyai satu inisiatif untuk menguruskan sesi latihan pasukan masing-masing tanpa menimbulkan banyak masalah. Sikap tunggu dan lihat serta sering bertangguh perlulah dihindari demi kemajuan sukan ini pada masa depan.

11.3      Satu Pusat Latihan Kecemerlangan (Tunas Cemerlang) perlu ditubuhkan di setiap daerah. Pihak MSSD boleh memilih satu atau dua buah sekolah di daerah masing-masing yang mempunyai kemudahan-kemudahan asas untuk dijadikan pusat kecemerlangan tersebut. Pusat-pusat kecemerlangan ini mestilah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan/ peralatan-peralatan yang mencukupi. Untuk mendapatkan bantuan dari segi alatan dan kejurulatihan, pusat-pusat ini bolehlah berhubung terus dengan MSSJ atau Persatuan Ping Pong Negeri Johor.

11.4      Satu panel kejurulatihan dan kepengadilan perlu diwujudkan di setiap daerah.

11.5      Kem Bakat akan dianjurkan oleh MSSJ atau Persatuan Ping Pong Negeri Johor.

11.6      Jadual/ program latihan untuk semua pusat latihan dan Kem Bakat akan diselaraskan oleh Panel Kejurulatihan di peringkat MSSJ.

 

  1. Pertandingan dan pendedahan

12.1      Lebih banyak pertandingan akan diadakan di peringkat daerah bagi semua peringkat umur.

12.2      Antara aktiviti-aktiviti yang disyorkan adalah seperti berikut:-

12.2.1            Peringkat sekolah          - Pertandingan antara rumah sukan/ kelab.

12.2.2            Peringkat zon                - Pertandingan antara sekolah di dalam zon berkenaan.

12.2.3            Peringkat daerah            - Pertandingan antara sekolah-sekolah.

12.2.4            Peringkat negeri - Pertandingan ‘Juara Sekolah’ antara daerah.

 

  1. Perkembangan pegawai

13.1      Kursus Kejurulatihan Asas Ping Pong akan diadakan bagi guru-guru sekolah rendah dan menengah.

13.2      Kursus Kepengadilan dan kepegawaian juga akan diadakan bagi guru-guru sekolah rendah dan menengah.

13.3      Jurulatih, pengadil dan pegawai teknik yang sedia ada akan dinaiktarafkan dari masa ke semasa dengan dihantar berkursus yang akan dianjurkan oleh pihak MSSJ atau Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama MSSJ atau Persatuan Ping Pong Negeri Johor. 

  1. Kemudahan dan peralatan

14.1      Semua pusat kecemerlangan akan dibekalkan dengan alatan dan kemudahan asas yang mencukupi oleh pihak MSSD masing-masing dengan bantuan pihak MSSJ atau Persatuan Ping Pong Negeri Johor .

14.2      Bagi sekolah-sekolah yang berkemampuan bolehlah membeli sendiri menggunakan peruntukan sekolah.

 

  1. Pemantauan dan penyeliaan

15.1      Pengerusi Teknik Ping Pong daerah mesti sentiasa memastikan setiap program yang dirancang dilaksanakan sebaik mungkin.

15.2      Pengerusi Teknik Ping Pong daerah juga dikehendaki menyelaras dan mengesan keberkesanan program latihan yang dijalankan.

15.3      Perhubungan antara peringkat MSSJ dan persatuan perlu diselaraskan supaya setiap program yang dilaksanakan lebih sistematik dan terancang.

  

 

  1. Penilaian

16.1      Pencapaian pemain MSSD di peringkat MSSJ boleh dijadikan sebagai kayu pengukur keberkesanan program ini.

16.2      Satu salinan laporan kejohanan atau program yang dirancang di peringkat daerah mestilah diserahkan kepada pihak MSSJ dan Pengerusi Teknik Ping Pong MSSJ.

 

  1. Penutup

Kejayaan program ini akan bergantung kepada kerjasama yang jitu antara MSSD, MSSJ dan Persatuan Ping Pong Negeri Johor. Selain daripada itu,  komitmen pegawai-pegawai teknikal serta ketua-ketua jabatan yang sentiasa memberi kerjasama dan pengiktirafan kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung merupakan salah satu tunjang kejayaan program ini. Dengan usaha yang gigih dan komited guru-guru yang bertungkus-lumus pastinya dapat merealisasikan usaha yang murni ini demi kemajuan sukan di negeri Johor amnya dan negara Malaysia khasnya. Dengan motto MSSJ yang baru iaitu “SUKAN UNTUK MENANG” diharap menjadi pembakar semangat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar untuk memartabatkan sukan Ping Pong ini di persada dunia.

 

 

 

 

Jadual 1

 

Attachment Pegawai

 

Tahun/ Perkara

2006

2007

2008

2009

2010

Jumlah Sekolah

Peringkat Kebangsaan

2

2

2

2

2

10

Peringkat Negeri

3

3

3

3

3

15

Peringkat Daerah

a.       Sekolah rendah (4 orang x 12 daerah)

b.       Sekolah menengah (4 orang x 12 daerah)

 

48

48

 

 

48

48

 

 

48

48

 

 

48

48

 

 

48

48

 

 

240

240

Jumlah

101

101

101

101

101

505

 

 

 

Jadual 2

 

Pertandingan

 

Tahun/ Perkara

2006

2007

2008

2009

2010

Jumlah Sekolah

MSSD

1

1

1

1

1

5

MSSJ

1

1

1

1

1

5

Perlawanan Persahabatan

2

2

2

2

2

10

Jumlah

4

4

4

4

4

20

 

 

 

Rajah 1

 

Perlaksanaan Program Pembangunan 5 Tahun

 

                

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.       PERANAN PERSATUAN

1.1   Membantu dalam perlaksanaan kursus dan kejurulatihan.

1.2   Membantu dalam latihan pusat.

1.3   Menjemput pegawai/ guru MSSD dan MSSJ menyertai bengkel, kursus dan seminar yang dikelolakan oleh pihak Persatuan Ping Pong Malaysia

 

2.       PERANAN MSSD

2.1   Melaksanakan sasaran 20 sekolah dalam setiap daerah mewujudkan pasukan ping pong dan remaja.

2.2   Menganjurkan kursus-kursus yang telah dirancangkan.

 

3.       PERANAN MSSJ

3.1   Mewujudkan Panel Kejurulatihan dan Kepengadilan Ping Pong MSSJ.

3.2   Membantu pihak MSSD.

 

Rajah 2

 

Struktur Piramid

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERANCANGAN PEMBANGUNAN

PERMAINAN PING PONG

2006 – 2010

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH JOHOR

Disediakan Oleh:

SOO YUAN HUN

Pengerusi Teknik Ping Pong Negeri Johor

http://mssjpingpong.tripod.com

sooyuanhun@yahoo.com